Monday, October 29, 2012

UBAT HATI YANG RABAK




Salam takzim buat saf blogggers dan pembaca yang dirahmati Allah.

Korban.  Begitu dekat rasanya perkataan ini dengan kita.  Ada yang sepintas lalu membacanya.  Perasaan hanya biasa-biasa sahaja.  Sebab terlalu biasa mendengar dan menyebutnya.  Malah mungkin membawa seribu satu makna yang besar dalam hidup sebahagian dari kita. 

Terpulanglah kepada masing-masing.  Entry ini cuba menyelami hati-hati yang selalu berdepan dengan korban dan pengorbanan ini.  Semuanya bermula dengan hati.  Ada yang rela hati berkorban.  Ada juga yang tiada hati untuk berkorban.  Juga ada yang berkorban hanya untuk menjaga hati-hati insan lain.

Selain dikurniakan kesihatan yang baik, hati yang tenang adalah perkara utama yang mempengaruhi jalan cerita kehidupan seseorang. 

Hati yang walang sentiasa menyebabkan lena tidak mampu hadir setiap malam.  Harta kekayaan yang dimiliki pula tidak mampu mendamaikan jiwa.  Resah gelisah tak ketahuan hala.  Sanak-keluarga bertunggang-langgang berbalah kerana rebutkan dunia. Tiada langsung bau-bauan bahagia menyinggahi persada kalbu.  Dendam kesumat melumatkan kasih sayang yang semakin memarahkan jiwa.

Hati yang tenang mengecapi hidup sekadar biasa-biasa.  Cukup makan pakai sudah memadai.  Anak-anak soleh yang mendengar kata cukup disyukuri hadirnya.  Biarlah hidup bak kais pagi makan pagi asal hati tenang tiada duka.  Mungkin sesuai dengan istilahnya bersederhana.

Bukan mudah untuk mendapat ketenangan hati.  Bak pepatah Melayu mengatakan luka di badan boleh dirawat, luka di jiwa siapalah yang tahu.  Memang tiada siapa yang tahu melainkan kita sendiri.  Resah gelisah sepanjang masa.  Serba tidak kecukupan sepanjang hayat.  Malah kita turut merasakan terlalu banyak ruang-ruang kosong yang terlompang di sana sini.  Tak semena-mena terasa terlalu banyak yang tak kena.

Allahuakbar.  Masa untuk mendapatkan rawatan hati.  Ubatilah hati.

Dinyatakan ada 5 perkara untuk merawat jiwa yang parah (sila Google untuk pencarian seterusnya):

Pertama – baca Al-Quran dan maknanya.
Kedua – amal dirikan bersolat malam.
Ketiga – selalulah berkumpul dengan orang-orang soleh.
Keempat – sentiasa amalkan berpuasa.
Kelima – hidupkanlah malam mu dengan berzikir.

Semoga moga jiwa akan terubat dengan izinNya.  Moga-moga Allah taala akan mencukupi hari-hari kita seadanya.

~gambar hiasan [sumber]~

Harapan semoga semuanya berada dalam keceriaan dalam menyambut hari yang mulia.  Tiada apa yang diharapkan melainkan redhaNya.

J


2 comments:

  1. Admin, manusia sekarang ini jika tidak ditimpa musibah jauh dia dari Allah, dah ditmpa bermacam-macam musibah baru nak cari Allah.. Alhamdulillah Allah masih lagi ingin memberi peringatan..

    Hidup tidak kaya pun tak mengapa, asalkan bahagia, untuk apa mengejar kekayaan jika kita tidak mampu untuk menanggung bebannya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. apakah kerna kita sering terlupa...?

      Delete