Wednesday, October 31, 2012

TIPS BELAI KAKI



Salam ceria buat kariah saf bloggers yang dihormati.

Cerita tentang kaki lagi.  Asyik-asyik kaki.  Asyik-asyik kaki.  Kaki pun kakilah.  Kita pun tahu betapa pentingnya akan anggota badan yang bernama kaki ini.

Dalam entry yang lepas, telah dikongsikan bagaimana untuk menangani masalah kegatalan kaki.  Kali ini disogokkan pula tips bagaimana untuk menjaga kesihatan kaki.  Sebagaimana kita tahu bahawa kaki memainkan peranan penting kerana terdapat banyaknya reseptor-reseptor penting tubuh badan di bawah telapaknya.  


1.  Langkah pertama.  Kesihatan dan kebersihan kaki mestilah sentiasa dititik beratkan selalu.  Selalulah membasuh kaki dan jangan lupa mengeringkan dengan mengelap cermat di celah-celah jari jemari kaki.

2.  Langkah kedua.  Lakukan pemeriksaan sendiri pada kaki anda secara kerap.  Sila beri perhatian jika terdapatnya sebarang perubahan kepada warna, tekstur kulit kaki anda.

3.  Potong kuku kaki anda dengan cara potongan mendatar (straight across).  Cuba elakkan memotong kuku kaki secara terlalu pendek atau terlalu ke dalam.  Ini mungkin akan menyebabkan pertumbuhan kuku tidak sekata dan dikhuatiri menjadi punca cengkam kuku atau cagu.  Alangkah sakitnya.

4.  Sila amalkan menukar sarung kaki (stokin) yang bersih  secara kerap setiap hari.

5.  Sila jangan abaikan masalah sakit kaki dan sebolehnya janganlah cuba merawatnya sendirian.  Berjumpalah dengan pakar bagi mendapatkan khidmat nasihat.

6.  Bersenam dengan cara berjalan adalah cara terbaik untuk menyamankan kaki.  Walaupun begitu, pastikan anda mengenakan kasut sukan yang bersesuaian bagi tujuan itu ya.

7.  Periksa dan bersihkanlah luka di kaki sekerapnya (jika ada) dengan kadar segera bagi mengelakkan sebarang komplikasi jangkitan kuman.

8.  Jangan lokek untuk mengeluarkan belanja membeli kasut baru apabila anda mula merasa sempit dan tidak selesa bila berjalan.  Jika tidak, kaki anda akan sentiasa berada dalam keadaan stress.

9.  Jika berkemampuan, tukarlah kasut anda setiap hari.  Ini memberikan peluang kepada kasut-kasut anda untuk kering sekering-keringnya setiap kali sebelum anda memakainya.

10.  Selalulah membelai kaki anda dengan losyen atau apa-apa krim kaki yang bersesuaian agar kaki anda sentiasa segar dan elok penampilannya.  Urutan kaki juga diyakini kini sebagai salah satu alternatif menjaga kesihatan diri.  Cubalah.

Tiada guna jika rupa paras menarik hati tetapi bau kaki kita mematikan selera.  Biarlah cantik dan sihat itu bermula dari hujung rambut hinggalah ke hujung kaki. 

Kongsi-kongsi informasi agar semua pembaca beroleh manfaat.

Salam ceria buat semua.  J



2 comments: